21 - 26 January 2022, Malaysia Pavilion @ EXPO 2020 Dubai

Sustainable Agriculture Week - Our Food, Our Future!

MAFI Sasar Pelaburan Bernilai RM350 Juta Semasa Minggu Pertanian Lestari Di Expo Dubai 2020

PUTRAJAYA, 11 Februari 2022 – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan  Malaysia (MAFI) komited untuk mencapai sasaran pelaburan bernilai RM350 juta  sepanjang Minggu Pertanian Lestari di EXPO 2020 Dubai. MAFI sebagai hos akan menerajui tema minggu itu di Pavilion Malaysia dari 21 hingga 26 Februari 2022,  dengan Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation)  sebagai agensi pelaksana.  

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata  MAFI sedang berusaha keras untuk mencapai sasaran pelaburan tersebut dengan  memupuk hubungan dan perkongsian strategik bersama pemain-pemain global,  terutamanya Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan negara-negara Timur Tengah bagi  memacu pertanian lestari untuk kebaikan Malaysia dan dunia. 

Dari kiri, Timbalan Menteri II MAFI, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh; Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan MAFI, Khalid Ibrahim di pameran “Road to EXPO 2020 Dubai” selepas Program Dialog Industri Agromakanan di pejabat MAFI di Putrajaya pada 10 Februari 2022.

“Kami akan mengadakan 11 pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman  (MoU), 50 potensi perniagaan, serta penyertaan daripada 20 PKS tempatan dan  jabatan serta agensi di bawah MAFI pada minggu ini. Ini merupakan peluang menarik untuk kami menampilkan amalan pertanian terbaik, inovasi pintar, dan sumber asli  kaya di Malaysia yang menyumbang kepada keselamatan makanan, penjanaan  kekayaan, perlindungan alam sekitar, dan mata pencarian yang mampan,” katanya. 

Beliau menambah bahawa ekspo itu adalah peluang terbaik untuk meningkatkan  hubungan dua hala dan perdagangan antara Malaysia dan UAE melalui  pembangunan pertanian lestari. Kedua-dua negara bersedia untuk memanfaatkan  kekuatan masing-masing bagi meningkatkan usaha pertanian lestari ke peringkat  yang lebih tinggi.

MAFI Deputy Minister II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh; Minister of Agriculture and Food Industries, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee; MAFI Secretary-General, Dato’ Haslina binti Abdul Hamid; and Under Secretary of MAFI’s Business Development and Investment Division, En. Khalid bin Ibrahim at the “Road to EXPO 2020 Dubai” exhibition following the Agro-Food Industry Dialogue at MAFI’s headquarters in Putrajaya on 10 February 2022.

MAFI dijangka menarik kira-kira 2,000 pelawat dan delegasi sepanjang Minggu  Pertanian Lestari melalui pelbagai program dan aktiviti, seperti pameran, pelancaran  produk-produk, pertukaran dokumen, demonstrasi masakan dan produk, koktel  rangkaian, padanan perniagaan dan ceramah poket. 

Kandungan program-program itu akan dijalankan berdasarkan lapan bidang tumpuan  yang menampilkan kekuatan Malaysia dalam pertanian lestari termasuklah kesejahteraan daripada biodiversiti, buah-buahan tanah tropika dan hasil  sampingannya, pertanian bandar pintar, penyelesaian pertanian pintar, sisa kepada  kekayaan, masakan lestari, teknologi dan penyelesaian pertanian terkini, serta  peluang pelaburan untuk kelestarian pertanian. Untuk maklumat lanjut mengenai  Minggu Pertanian Lestari di bawah MAFI, sila layari https://mafi-events.com.